Semak Nombor Telefon Scammer PDRM CCID Online

Adakah Anda pernah menjadi mangsa penipuan di telefon? Pasti Anda sangat marah dan kecewa kan? Lebih-lebih lagi jika Anda telah transfer duit untuk penipu tersebut. Dari tahun ke tahun, kes penipuan melalui telefon semakin banyak. Biasanya scammer menyamar sebagai ahli keluarga mangsa, contohnya kakak, ibu bapa, saudara, atau kawan.

Ada juga scammer yang menyamar sebagai syarikat rasmi dan mengatakan bahawa Anda memenangi hadiah seperti kereta, diterima bekerja, atau mendapat hadiah wang. Supaya Anda tidak menjadi mangsa, Anda mesti faham dan tahu cara semak nombor telefon scammer secara online.

Tujuannya agar Anda boleh lebih berhati-hati dan jika Anda sudah menjadi mangsa penipuan, Anda boleh mengesan nama penipu. Anda boleh ikuti step cara check no telefon scammer melalui portal PDRM dan bantuan app di bawah ini.

Semak Nombor Telefon Scammer
Semak Nombor Telefon Scammer

Semak Nombor Telefon Scammer

Seiring dengan perkembangan zaman, tidak hairanlah kalau sekarang ni kita dapat mengesan nombor telefon dan juga boleh semak nombor akaun scammer secara online.

Check No Telefon Scammer Online

  1. Buka laman portal rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di link berikut https://semakmule.rmp.gov.my
  2. Ada 2 kategori yang boleh Anda pilih untuk membuat semakan iaitu Nombor Akaun Bank dan Nombor Telefon. Sila pilih kategori Nombor Telefon. Check No Telefon Scammer Online
  3. Seterusnya, masukkan Nombor Telefon scammer, lepas tu sila masukkan maklumat Captcha yang dipaparkan.
  4. Klik butang Semak Maklumat.
  5. Maklumat no telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai penipu.

Semak Nombor Telefon Scammer PDRM

  1. Muat turun aplikasi Semak Mule CCID di Google Playstore atau App Store.
  2. Buka atau lancarkan aplikasi Semak Mule CCID. Semak Nombor Telefon Scammer PDRM
  3. Pilih kategori Nombor Telefon.
  4. Masukkan nombor telefon. Klik Semak.
  5. Selesai.

Cara Mengesan Nombor Telefon Scammer Guna Apps

Anda juga boleh cuba beberapa laman website di internet dan aplikasi yang menawarkan cara mengesan lokasi nombor telefon bimbit secara online.

Sila buat carian di Google Playstore atau App Store untuk dapatkan aplikasi di bawah ini.

1. Whoscall

Kesan Scammer Guna Aplikasi Whoscall

Aplikasi yang dibangunkan oleh Gogolook ini, boleh mengenal pasti panggilan yang tidak diketahui. Jadi pengguna boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak panggilan.

Terdapat ciri penetapan nombor, menyekat berdasarkan nombor dan kata kunci dan pangkalan data offline dalam aplikasi ini.

2. Showcaller

Kesan Penipu Guna Aplikasi Showcaller

Showcaller berfungsi untuk mengenal pasti nombor telefon yang tidak dikenali dan mengetahui lokasi terperinci pemanggil.

Anda juga boleh menyekat nombor untuk mengelakkan penipuan dan panggilan yang tidak diingini.

Selain memaparkan nama, aplikasi ini turut memaparkan alamat berserta komen mengenai nombor daripada orang lain yang pernah menjadi mangsa.

3. Getcontact

Kesan Scammer Melalui Aplikasi Getcontact

Satu lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengesan nombor telefon scammer ialah dengan menggunakan aplikasi Getcontact.

Bukan sahaja dapat mengetahui nombor asing, Getcontact juga menyediakan pelbagai ciri seperti penyekatan segera, pengenalan pemanggil, hingga perlindungan spam.

Getcontact menyediakan dua pilihan penggunaan iaitu pengguna premium dan pengguna percuma. Walau bagaimanapun, jika Anda hanya ingin mengetahui maklumat tentang nombor tidak dikenali, Anda boleh menggunkan fungsi percuma.

Setelah Anda instal aplikasi Getcontact di telefon bimbit Anda. Anda hanya perlu mencari nombor yang Anda ingin ketahui identitinya dalam ruangan carian.

Lepas tu maklumat nombor telefon yang Anda cari akan terpapar di skrin. Sekiranya nombor telefon tu masuk senarai nombor telefon scammer, Anda mesti hati-hati.

Kesan Nombor Telefon Guna Google Maps

Kesan Nombor Telefon Guna Google Maps

Cara seterusnya untuk mengesan nombor telefon penipu adalah dengan menggunakan laman website atau aplikasi Google Maps.

Mula-mula, buka dan jalankan aplikasi Google Mpas kemudian masukkan menu Pilihan.

Kemudian pergi ke Senarai Rakan dan pilih Tambah Rakan kemudian masukkan nombor telefon bimbit scammer.

Jika scammer menerima jemputan/perkongsian rakan Anda, maka Anda boleh mengesan mereka di Google Maps secara automatik.

Itulah step cara semak nombor telefon scammer secara online, semoga maklumat yang kami kongsikan diatas dapat bermanfaat untuk Anda.