Cara Bayar Pinjaman GOpinjam TNG E-Wallet Online

Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Touch n Go untuk penggunanya ialah GOpinjam. GOpinjam ialah perkhidmatan pinjaman peribadi yang boleh Anda mohon pada aplikasi TNG e-Wallet.

Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman wang segera, Anda boleh menggunakan perkhidmatan GO-pinjam ini. Walau bagaimanapun, Anda mesti menggunakan perkhidmatan GO-pinjam dengan bijak supaya Anda tidak didenda apabila lewat membuat pembayaran atau ansuran.

Anda boleh bayar ansuran GOpinjam dengan pelbagai kaedah pembayaran yang boleh Anda pilih seperti melalui bank, ATM, current, auto debit dan aplikasi TNG. Sila ikuti cara bayar pinjaman GOpinjam Touch n GO di bawah ini.

Cara Bayar Pinjaman GOpinjam Touch n GO
Cara Bayar Pinjaman GOpinjam Touch n GO

Cara Bayar Pinjaman GOpinjam TNG

Pertama sekali, Anda perlu pastikan baki wallet TNG Anda cukup, sekiranya baki tak cukup sila topup terlebih dahulu. Setelah baki ewallet TNG Anda tersedia, boleh ikuti step berikut:

  1. Buka aplikasi TNG
  2. Klik GOpinjam Bayar Loan GOpinjam
  3. Lihat sejarah loan Anda, lepas tu klik Pay Now. Cara Bayar Loan GOpinjam
  4. Secara automatik jumlah pembayaran akan terpapar.
  5. Pada ruangan Payment Details (optional), Anda boleh isikan perkataan bayar GOpinjam 1/12.
  6. Tick pada kotak I have read and agree to the Terms & Conditions. Bayar Pinjaman GOpinjam
  7. Klik Confirm Transfer. Cara Bayar Pinjaman GOpinjam TNG
  8. Sila scan guna wajah Anda.
  9. Siap bayar, selesai.

Selain melalui aplikasi TNG, Anda juga boleh buat pembyaran di mana-mana cawangan CIMB, mana-mana Mesin Deposit Tunai CIMB atau melalui Instant Transfer (IBFT) (IBFT) dengan membayar/memindahkan ke dalam nombor akaun pinjaman yang diberikan.

Sekiranya Anda muflis ataupun bankrap, Anda boleh baca cara semak status bankrap online.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah senarai soalan lazim mengenai GOpinjam TNG e-Wallet.

1. Kalau tiada akaun CIMB boleh ke kita bayar balik loan melalui FPX atau kena reload ewallet lepas tu bayar?

Boleh, Anda boleh bayar melalui FPX. Kami pula bayar guna reload ewallet je, senang topup ewallet dari mana-mana bank dan terus bayar.

2. Boleh ke kalau kita nak bayar sekaligus semua jumlah yang kita pinjam tu dalam satu bulan tu je? ke kena bayar ikut bulan-bulan yang kita buat untuk bayar tu jugak?

Boleh, lagi jimat bayar sekaligus sebab bunga berdasarkan baki akhir tiap-tiap bulan.

3. Saya punya due date 23/7 tapi saya bayar 19/7. Perlukah bayar lagi pada masa 23hb atau biarkan dan buat bayaran bulan hadapan macam biasa?

Biar sahaja, sebab dah bayar tak kisah bayar bila asalkan sebelum due date.

4. Kalau kita bayar CIMB Clicks trus boleh tak, sebab saya bayar dekat sana tidak ada apa-apa perubahan ni sudah due date, atau perlu bayar di TNG saja?

Kami tak pasti, tapi better bayar kat TnG Apps kan sebab kita pinjam dengan TnG. Nanti TnG clarify dengan bank CIMB yang kita dah buat payment.

5. e wallet nie kita loan dengan CIMB bank ke? kalau bayar pakai mesin ATM boleh ke?

Boleh, taip je nombor loan kita untuk pembayaran nanti.

6. GOpinjam ni skali je ke? Atau lepas lulus pinjaman boleh loan lagi?

Boleh pinjam lagi walaupun belum habis bayar pinjaman pertama.

7. Kalau kita bayar lebih dari amount dapat kah?

Boleh, bunganya akan jadi berkurang sebab dia cas berdasarkan baki hutang.